1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.


Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.

VLE (Virtual Learning Environment) -Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibubapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemaskini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.


 

1BestariNet: Panduan Persediaan Awal Sebelum Pemasangan

Projek 1BestarNet adalah projek jalur lebar capaian internet bagi semua sekolah untuk mengakses bahan pembelajaran dengan menggunakan platform Virtual Learning Environment (VLE).

Sekolah akan dapat mengakses internet dengan menggunakan peralatan Customer Premise Equipment (CPE) yang dibekalkan oleh syarikat YTL. CPEnya adalah terdiri daripada Zoom (3+1 unit) dan 4G dongle (20 unit). Semua kawasan utama iaitu makmal komputer, bilik guru, pejabat pengurusan dan pentabdbiran sekolah, pusat sumber, dan common area boleh mencapai internet termasuk kawasan asrama jika asrama dalam kawasan sekolah.

Skop projek juga adalah termasuk membuat dan memastikan Rangkaian Dalaman Setempat atau LAN sedia ada disambungkan ke CPE dan boleh berfungsi serta dapat mencapai internet. Di samping itu, pihak syarikat juga perlu memastikan peralatan komputer sekolah yang tidak termasuk dalam sistem LAN sedia ada juga dapat mencapai Internet dengan menggunakan penyelesaian syarikat sendiri berdasarkan dapatan kajian mereka.

Semua komputer dalam dan bukan dalam rangkaian LAN perlu boleh mengakses internet serta wajib juga ke Virtual Learning Enviroment (VLE).

 

Sebagai langkah proaktif, sekolah bolehlah bersedia lebih awal dengan:
  1. melantik seorang guru atau kakitangan yang akan memastikan pemasangan dilakukan mengikut standard yang telah ditetapkan. Guru/kakitangan ini perlu memahami semua keperluan dan merangka pelan tindakan yang meliputi dari kerja pemasangan hinggalah penggunaan.
  2. menentukan lokasi-lokasi untuk ditempatkan Zoom agar kawasan utama termasuk dalam lingkungan cakupan akses internet.
  3. mengenal pasti punca sambungan elektrik bagi memudahkan pemasangan ZOOM. Sila pastikan bahawa pihak kontraktor menggunakan sambungan (extension cable sendiri) dari punca kuasa yang tidak dikongsi dengan peralatan lain atau dedicated switch atau extension switch berasingan.
 

Make a free website with Yola