SEJARAH SEKOLAH

 

Pada awalnya sekolah ini diasaskan oleh penduduk kampung, beliau ialah anak jati Kampung Sungai Wangi iaitu En. Ismail bin Osman pada tahun 1937. Pembinaan sekolah ini dilakukan secara gotong-royong oleh penduduk kampung. Selepas berlaku kerosakan pada Penaklukan Tentera Jepun,sekolah ini dibangunkan semula pada 1947.

Hanya pada tahun 1982 SKSW mulai menikmati beberapa kemudahan asas seperti elektrik dan air dengan peruntukan Pembangunan Luar Bandar melalui Wakil Rakyat. Pada 29 Disember 1983 SKSW memperolehi 2 bilik darjah tambahan di bawah Projek Kilat Sekolah Pasang Siap. Bangunan ini memberi kepercayaan dan galakan untuk ibubapa menghantar anak-anak mereka bersekolah di tempat sendiri.

Oleh kerana pertambahan murid begitu mendadak akibat daripada pertumbuhan penduduk yang pesat di skim-skim perumahan di tempat ini, maka adalah perlu beberapa bilik darjah lagi ditambah untuk mengelakkan kelas-kelas bercantum. Pada awal bulan Ogos 1986, Kementerian Pelajaran telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 000.00 untuk membina empat buah bilik darjah dan sebuah pejabat.

Projek gotong-royong yang ulung diadakan di Daerah Manjung ini mendapat pujian dan menjadi contoh dan satu-satunya projek yang menguntungkan kerajaan. Syukur dengan adanya bilik-bilik darjah ini program dan rancangan pendidikan yang kemaskini dan bersesuaian dapat diwujudkan.

Perkembangan pesat terus berlaku dengan terbinanya bangunan baru seperti Makmal Komputer dan Bangunan Tiga Tingkat (2003). Dengan itu, Program Pendidikan Khas, Program Prasekolah, Kelas Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya dapat diwujudkan.

 

 
 
 

Make a free website with Yola